Minggu lepas, Khamis KBai terpaksa ikut bos attend meeting kat JB. Meeting dgn client untuk projek Navy. Bertolak pukul 7pagi dari tol Sg. Besi, pukul 9.15pagi dah smpai tempat meeting. Dasat hazabedah betul Encik Driver bawak kereta, siap kena saman speed trap. Haha. Tapi memang tak terasa laju dan KBai siap boleh tido-tido ayam dalam perjalanan. Meeting pukul 10pagi so kami pekena sarapan kat mamak. Nothing special. Meeting only took 60minutes for our part, facilities management.
Lepas meeting, apa lagi, meroyan cari makanan la. Haha. Pusing-pusing ternampak deretan kedai makan. Park the car then teruskan pencarian makanan. Alhamdulillah jumpa ZZ Sup Tulang. Yeah, mee rebus paling lazat pernah KBai makan. Masa makan tu, terus speechless. Nasib tak hilang pedoman. Mungkin sedap sebab mee rebus tu dimasak dengan sup tulang gearbox. Ekceli, mini gearbox sebab kecik je, tak macam normal gearbox yang agak gedabak. Yang ni, memang comel cute-cute je gearbox. Straw yang diberi pun kontot.
Semangkuk RM8.50. Sangat berbaloi. Next time kalau pergi JB, must go there again.
Must try yer. Ni KBai sertakan dengan alamat. Ape lagi? Terjah la!
ZZ Sup Tulang
Business Hour: 7.00am - 11.00pm
Address: Jalan Petri, Johor Bahru, Johor, Malaysia. (Landmark: JKR Daerah Johor Bahru) / Branch: Setia Tropika, Damansara Aliff.
Sila jamu mata :)
Till then. Muahs!
 |
ZZ Sup Tulang |
 |
Mee Rebus Tulang |
 |
Depan kedai |